Posts

Tentang Zuhud

       Suatu hari Ali terserempak dengan Wan. Dia menegur sapa Wan seperti biasa yang pernah jumpa pada awal pertemuan. Wan ialah seorang kawan yang Ali jumpa di pasar malam. Pertama kali Ali menghulurkan tangan kepada Wan ketika Wan rebah terduduk di atas jalan tar yang basah.         Wan mengucapkan terima kasih kepada Ali kerana dalam ramai kenalan dia jumpa hanya Ali menyambut tangannya. Wan memakai baju dan seluar yang koyak rabak. Tidak sedikitpun Ali bertanya tentang masa lalu Wan. Apa yang Ali buat adalah membawa Wan balik ke rumah sewanya. Ali memberikan pakaian tukar kepada Wan dan sehelai tuala untuk mandi. Wan dah bergenang air mata tetapi cuba mengawalnya.     Ali sibuk mengemas rumahnya dan menyediakan makanan untuk makan bersama Wan. Sesudah Wan mandi. Ali menjemput Wan makan bersama. Ketika Ali menyuruh Wan tidur di sini. Wan menolak. Katanya, sudah waktunya Wan pulang. Ali masih tidak bertanya akan asal usul Wa...

Cerpen Sekeping Catatan

 Sekeping Catatan Jar i-jemarinya menari di petak computer. Matanya dipaksa mengekang dalam kegelapan dan sunyi serta hanya bergantung kepada cahaya dari skrin komputernya. Di sebelahnya, ada tirai langsir sedang menarik manja akibat dilambai oleh angin sejuk dimalam hari. Dahinya sedikit berkerut dan memandang ke arah dinding. Jam baru menunjukkan pukul 11.00 malam.  Penemannya selalu ada di sisinya iaitu Akif. Akif sangat manja dan badannya berbulu lebat.  Dia sanggup habiskan sedikit wang yang ada untuk makanan dan ubat-ubatan Akif. Akif mudah mesra dengannya dan kadang-kadang terlena di atas ribanya. Waktu itu serta merta dia mendapat ilham untuk menulis pada bahagian bab seterusnya. Suasana hari ini sangat membantunya untuk fokus dan mencari idea. Tarikh penghantaran manuskrip sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi.  Ketika dia berada di dalam stesen keretapi, dia mengeluarkan Sekeping kertas utk di catat. Dia tidak boleh membuang masa kalau idea datang secepat...

CATATAN AKMAL DENGAN SEEKOR BURUNG

Catatan Akmal Dengan Seekor Burung  Ketika waktu senja hampir melabuhkan tirai. Akmal sudah mengemaskan semua berus gigi dan ubat ke dalam bakul. Akmal menyusun elok-elok barang-barang itu kerana esok akan dibawa berniaga lagi ke pasar. Perjalanan Akmal dari pasar ke rumah agak jauh. Akmal akan melalui jalan hutan tebal berseorangan. Dia hanya memiliki sebuah basikal. Dengan basikal yang agak lusuh itulah dibawanya ulang alik ke pasar.  Tiba-tiba, dipertengahan jalan itu Akmal ternampak seekor burung riuh-riuh sendirian. Akmal ingin memasang jerat kerana berniat untuk menangkap burung itu. Apa yang mengejutkan si Akmal adalah ada sepucuk surat yang diikat dengan kain putih di kaki burung itu. Burung itu mula diam dari riuh-riuh tadi. Akmal tanpa menunggu lama, langsung membuang ikatan yang ada pada kaki burung. Akmal mengundur sedikit ke belakang apabila burung tadi terus terbang meninggal si Akmal sendirian. Ketahuilah bahawa Akmal terpedaya dengan burung tadi. Hasrat Akmal u...

SEDIKIT CATATAN

Terdapat banyak kata-kata hikmah yang menarik dan boleh dijadikan panduan kepada kehidupan seharian. Pertama, Hamka menyentuh bab pendidikan. Pendidikan, guru, dan murid adalah mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain. Pendidikan dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Allah SWT juga ada menyebut di dalam surah Al Alaq (Segumpal Darah).  Di dalam ayat 1-5 bermaksud :  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. ayat 1 : Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. ayat 2 : Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. ayat 3 : Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. ayat 4 : Yang mengajar (manusia) dengan pena dan tulisan. ayat 5 : Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Kecintaan Hamka terhadap ilmu boleh dilihat bagaimana beliau merasa tidak pernah cukup dengan ilmu di dada. Sentiasa mencari dan berguru pelbagai Ulama' malah yang pernah mengajar ayahnya sebelum ini. salah sa...