Posts

Showing posts from September, 2022

Tentang Zuhud

       Suatu hari Ali terserempak dengan Wan. Dia menegur sapa Wan seperti biasa yang pernah jumpa pada awal pertemuan. Wan ialah seorang kawan yang Ali jumpa di pasar malam. Pertama kali Ali menghulurkan tangan kepada Wan ketika Wan rebah terduduk di atas jalan tar yang basah.         Wan mengucapkan terima kasih kepada Ali kerana dalam ramai kenalan dia jumpa hanya Ali menyambut tangannya. Wan memakai baju dan seluar yang koyak rabak. Tidak sedikitpun Ali bertanya tentang masa lalu Wan. Apa yang Ali buat adalah membawa Wan balik ke rumah sewanya. Ali memberikan pakaian tukar kepada Wan dan sehelai tuala untuk mandi. Wan dah bergenang air mata tetapi cuba mengawalnya.     Ali sibuk mengemas rumahnya dan menyediakan makanan untuk makan bersama Wan. Sesudah Wan mandi. Ali menjemput Wan makan bersama. Ketika Ali menyuruh Wan tidur di sini. Wan menolak. Katanya, sudah waktunya Wan pulang. Ali masih tidak bertanya akan asal usul Wa...