Posts

Showing posts from June, 2022

Cerpen Sekeping Catatan

 Sekeping Catatan Jar i-jemarinya menari di petak computer. Matanya dipaksa mengekang dalam kegelapan dan sunyi serta hanya bergantung kepada cahaya dari skrin komputernya. Di sebelahnya, ada tirai langsir sedang menarik manja akibat dilambai oleh angin sejuk dimalam hari. Dahinya sedikit berkerut dan memandang ke arah dinding. Jam baru menunjukkan pukul 11.00 malam.  Penemannya selalu ada di sisinya iaitu Akif. Akif sangat manja dan badannya berbulu lebat.  Dia sanggup habiskan sedikit wang yang ada untuk makanan dan ubat-ubatan Akif. Akif mudah mesra dengannya dan kadang-kadang terlena di atas ribanya. Waktu itu serta merta dia mendapat ilham untuk menulis pada bahagian bab seterusnya. Suasana hari ini sangat membantunya untuk fokus dan mencari idea. Tarikh penghantaran manuskrip sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi.  Ketika dia berada di dalam stesen keretapi, dia mengeluarkan Sekeping kertas utk di catat. Dia tidak boleh membuang masa kalau idea datang secepat...

CATATAN AKMAL DENGAN SEEKOR BURUNG

Catatan Akmal Dengan Seekor Burung  Ketika waktu senja hampir melabuhkan tirai. Akmal sudah mengemaskan semua berus gigi dan ubat ke dalam bakul. Akmal menyusun elok-elok barang-barang itu kerana esok akan dibawa berniaga lagi ke pasar. Perjalanan Akmal dari pasar ke rumah agak jauh. Akmal akan melalui jalan hutan tebal berseorangan. Dia hanya memiliki sebuah basikal. Dengan basikal yang agak lusuh itulah dibawanya ulang alik ke pasar.  Tiba-tiba, dipertengahan jalan itu Akmal ternampak seekor burung riuh-riuh sendirian. Akmal ingin memasang jerat kerana berniat untuk menangkap burung itu. Apa yang mengejutkan si Akmal adalah ada sepucuk surat yang diikat dengan kain putih di kaki burung itu. Burung itu mula diam dari riuh-riuh tadi. Akmal tanpa menunggu lama, langsung membuang ikatan yang ada pada kaki burung. Akmal mengundur sedikit ke belakang apabila burung tadi terus terbang meninggal si Akmal sendirian. Ketahuilah bahawa Akmal terpedaya dengan burung tadi. Hasrat Akmal u...