CATATAN AKMAL DENGAN SEEKOR BURUNG

Catatan Akmal Dengan Seekor Burung 

Ketika waktu senja hampir melabuhkan tirai. Akmal sudah mengemaskan semua berus gigi dan ubat ke dalam bakul. Akmal menyusun elok-elok barang-barang itu kerana esok akan dibawa berniaga lagi ke pasar. Perjalanan Akmal dari pasar ke rumah agak jauh. Akmal akan melalui jalan hutan tebal berseorangan. Dia hanya memiliki sebuah basikal. Dengan basikal yang agak lusuh itulah dibawanya ulang alik ke pasar. 

Tiba-tiba, dipertengahan jalan itu Akmal ternampak seekor burung riuh-riuh sendirian. Akmal ingin memasang jerat kerana berniat untuk menangkap burung itu. Apa yang mengejutkan si Akmal adalah ada sepucuk surat yang diikat dengan kain putih di kaki burung itu. Burung itu mula diam dari riuh-riuh tadi. Akmal tanpa menunggu lama, langsung membuang ikatan yang ada pada kaki burung.

Akmal mengundur sedikit ke belakang apabila burung tadi terus terbang meninggal si Akmal sendirian. Ketahuilah bahawa Akmal terpedaya dengan burung tadi. Hasrat Akmal untuk memiliki burung sebagai memecahkan kesunyian di rumahnya tidak tercapai. 

Keesokan harinya...

Comments