SEDIKIT CATATAN
Terdapat banyak kata-kata hikmah yang menarik dan boleh dijadikan panduan kepada kehidupan seharian. Pertama, Hamka menyentuh bab pendidikan. Pendidikan, guru, dan murid adalah mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain. Pendidikan dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Allah SWT juga ada menyebut di dalam surah Al Alaq (Segumpal Darah). Di dalam ayat 1-5 bermaksud : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. ayat 1 : Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. ayat 2 : Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. ayat 3 : Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. ayat 4 : Yang mengajar (manusia) dengan pena dan tulisan. ayat 5 : Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Kecintaan Hamka terhadap ilmu boleh dilihat bagaimana beliau merasa tidak pernah cukup dengan ilmu di dada. Sentiasa mencari dan berguru pelbagai Ulama' malah yang pernah mengajar ayahnya sebelum ini. salah sa...