SEDIKIT CATATAN
Terdapat banyak kata-kata hikmah yang menarik dan boleh dijadikan panduan kepada kehidupan seharian.
Pertama, Hamka menyentuh bab pendidikan. Pendidikan, guru, dan murid adalah mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain. Pendidikan dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Allah SWT juga ada menyebut di dalam surah Al Alaq (Segumpal Darah).
Di dalam ayat 1-5 bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.
ayat 1 : Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.
ayat 2 : Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.
ayat 3 : Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia.
ayat 4 : Yang mengajar (manusia) dengan pena dan tulisan.
ayat 5 : Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
Kecintaan Hamka terhadap ilmu boleh dilihat bagaimana beliau merasa tidak pernah cukup dengan ilmu di dada. Sentiasa mencari dan berguru pelbagai Ulama' malah yang pernah mengajar ayahnya sebelum ini. salah satu karya Hamka adalah Buku Sejarah Umat Islam. Beliau mengambil masa selama 21 tahun untuk melakukan kajian ilmiah sebelum menghasilkan sebuah karya.
Hamka juga berkata guru perlu sentiasa menuntut ilmu. Ya, bukannya tetap dengan takuk lama. Hamka ada menulis tentang guru yang pernah mengeluh tentang adab dan tingkahlaku pelajar zaman sekarang. Sebolehnya jangan berlama-lama di dalam keluhan kerana ia tidak membawa manfaat dan perubahan apa-apa pun. Saya juga cukup kagum dengan guru saya. Mereka sentiasa belajar mengikut keadaan semasa. Sekiranya zaman sekarang, dunia sudah ada teknologi telefon bimbit dan pelbagai apps lain juga boleh digunakan sebagai alat bantuan mengajar lebih efektif. Namun, setahap mana kemahiran dan pengetahuan yang diketahui oleh kita termasuk guru, ibu bapa, pelajar dan masyarakat umum? Jika ilmu dimanfaat dengan cara betul maka ia akan menjadi sahabat kita. Jika sebaliknya, kita akan terbunuh dan hanyut di dalamnya.
Bukan untuk membangkitkan pertengkaran khilafah, melainkan untuk menyedarkan kaum muslimin bahawa mereka bukan bergerak sendirian, melainkan satu gerak menyeluruh yang meliputi segala bidang, ekonomi, sosial, ibadah dan muamalah, politik dan kebudayaan, yang satu coraknya, iaitu corak tauhid: Tidak ada Tuhan melainkan Allah. (Hamka, Kebijaksanaan Dakwah Islam).
Sekian, terima kasih untuk hari ini. Terima kasih kerana membaca. Jika ada yang kurang, InshaAllah saya perbetulkan.
Comments
Post a Comment