Tentang Zuhud
Suatu hari Ali terserempak dengan Wan. Dia menegur sapa Wan seperti biasa yang pernah jumpa pada awal pertemuan. Wan ialah seorang kawan yang Ali jumpa di pasar malam. Pertama kali Ali menghulurkan tangan kepada Wan ketika Wan rebah terduduk di atas jalan tar yang basah.
Wan mengucapkan terima kasih kepada Ali kerana dalam ramai kenalan dia jumpa hanya Ali menyambut tangannya. Wan memakai baju dan seluar yang koyak rabak. Tidak sedikitpun Ali bertanya tentang masa lalu Wan. Apa yang Ali buat adalah membawa Wan balik ke rumah sewanya. Ali memberikan pakaian tukar kepada Wan dan sehelai tuala untuk mandi. Wan dah bergenang air mata tetapi cuba mengawalnya.
Ali sibuk mengemas rumahnya dan menyediakan makanan untuk makan bersama Wan. Sesudah Wan mandi. Ali menjemput Wan makan bersama. Ketika Ali menyuruh Wan tidur di sini. Wan menolak. Katanya, sudah waktunya Wan pulang. Ali masih tidak bertanya akan asal usul Wan. Ali mengangguk saja demi menghormati privasi Wan.
Wan menyambut tangan Ali ketika hampir jatuh dalam longkang. katanya, terima kasih Ali engkau mengingatkan aku kembali kepada masa lalu bersamamu. Ali masih terdiam. Kemudian Ali bertanya akan tujuan dia ke pasar tempoh hari. Wan tersenyum. Katanya, Ali jika aku mendedahkan semua akan perancangan ku akankah engkau menolong ku dengan ikhlas? Ali masih tidak faham namun cuba untuk memahami apa yang Ali hendak sampaikan.
Wan mengajak Ali pergi ke suatu tempat. Katanya, inilah tanahku seluas 1 hektar. Ini baru sebahagian yang aku tunjukkan. Ali masih kebingungan mana Wan dapat kekayaan sebanyak ini sedangkan fizikalnya yang dia jumpa sebelum ini agak menyedihkan.
Katanya, Ali aku pergi ke pasar tempoh hari adalah untuk merasai nikmat menjadi miskin. Aku penat menjadi kaya dan dipenuhi orang-orang munafik. Di sana, aku menemui orang ikhlas berkawan tanpa balasan. Aku cukup terharu dan gembira pada waktu itu.
Dan hari ini, aku berjumpa dengan kau kembali. Terima kasih Ali. Sahabatku dunia akhirat. Ali jika aku mati, engkau ambil lah hartaku dan engkau gunakanlah mengikut kebijaksanaanmu. Kerana jika ada kebaikan dicurahkan di atas dunia ini. Setidaknya aku juga mendapat pahala darinya.
Comments
Post a Comment